" 104 hari panjangnyer cutiku sebelum sekolah bermula....." . Trigat lak lirik lagu Phineas n Ferb .
Lebih kurang jugaklah dengan cuti maternity aku . Hari Rabu ni aku dah start keje , ermm...rasa malas yang menebal tapi harusku gagahkan jua demi sesuap nasi . Pada Airis, mama takkan bersama ngan Airis for 24/7
lagi...so pandai2 la bawak diri. I'll be missing u always.
Memang susah nak melepaskan baby Airis ke tangan bibik . Semoga baby Airis dapat adapt to changes .
And of coz my two other daughters(Aryana dan Arisha ) also akan terasa terpiasnya . Maklum aje dah dok ngan mama for more than 3 months at home kannn . Mama gonna miss u both too .
Rasanya bukan anak2 yang akan rindu kita , tapi kita yang berlebih2 (agaknye).
Sepanjang cuti bersalin ni aku lalui berbagai pengalaman dan cabaran . Maklumlah , selepas lapan tahun tak mengandung akhirnya aku hamil . Jarak ini memberi aku pengalaman seperti orang beranak satu ...huhuhu
awkward ! . Dah la ketika mengandung 3 month i was having bleeding for about a month and rupa2nya aku ada polyp . Owh...mmg tak di duga . After doctor remove polyp tu , bleeding beransur hilang .
At first I thought I'm gonna lost my baby sbb bleeding nyer banyak and doctor pun kata it's a threaten miscarriage. Tp syukur la bby ku selamat . Ku truskan pejuangan dengan kandungan ku ini ...aku jaga , makan ubat yg doctor kasi pun tak miss . Masuk usia kandungan 5 month aku buat check up kat klinik kesihatan (gov).
Tak pernah hayat aku wat check up kat sini , tapi di sbbkan aku takut kandungan ni ada masalah kemudian nanti aku daftarkan diri kat sini .Di sini prosedure kesihatan agak different from swasta , kena tunggu berjam2 baru bleh jumpa doktor .Tu pun bukan selalu dapat jumpa doktor . Slalunya dapat jumpa nurse yg bertugas je . After a few check up , aku was detected of having " diabetes during pregnancy " . Another dugaan for me . Jadi aku pun di nasihatkan untuk menjaga makan dan sebagainya . Mmg leceh laaa...tapi aku trus menerima dugaan ni dengan redha . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas apa yg di berikan kepada hambanya . Akhirnya aku tlh selamat melahirkan baby comel yang di beri nama "AIRIS QAISARA"
Setelah kelahirannya , masih ada pelbagai dugaan yg perlu dihadapi..wuihhh, klu nak di garapkan disini mesti sampai esok pun tak habis . Cukuplah aku panjatkan rasa bersyukur aku diatas kelahiran ini .
Mmg ia memberi makna yang besar pada kehidupan aku . Dan dengan kelahiran ini juga maka terlahirlah
"The New ME " .
Setelah itu aku bertekad untuk menyusu bby Airis sepenuhnya . Mulanya agak susah tp alah bisa tegal biasa .
Kerana kegigihan aku menyusukan Airis , Alhamdullilah , setiap imunisasi Airis x pernah demam .Mmg berbaloi la usaha aku ni ...dan yang penting hubungan ibu anak dapat di eratkan dengan cara ini .
Ermmmm... kesian pula pada Aryana dan Arisha kerana x dapat khasiat penuh susu ibu .
Terima kasih jugak pada blog2 yang berkongsi pengalaman dan khasiat menyusu . Ia amat membantu dalam misi aku ni . Hopefully aku dapat selesai kan misi ni sehingga 2 tahun .
Oleh kerana aku akan memulakan kerja x lama lagi , maka bermulalah acara mengepam dan menyimpan stok susu untuk bby Airis . Tp dalam kesibukkan aku menyusu bby Airis , aku terlupa yg aku kena ajar bby Airis minum menggunakan botol supaya senang ditinggalkan . Agaknya aku start lambat la kut , dan hasil nya...........
dia tak pandai nak minum guna botol malah x mau langsung .
Dah cuba bermacam cara , bermacam jenis botol n puting aku beli ..dari yang murah hingga yang mahal..you name it .Meronta- ronta , menangis2 macam sakit jer bila disuakan botol susu kat dia . Last resort maid aku bagi cadangan guna sudu . Aku bukan tak nak kasi dia guna sudu ,tapi tau la guna sudu ni memerlukan kesabaran yang tinggi . Bila kami try feed bby Airis guna sudu akhirnya dia mau .Teramat bersyukur kerana ada cara lain untuk beri bby Airis minum susu .. klu tak masaklaaa...camner nak tinggal .
Apa pun aku tetap akan usahakan supaya bby Airis dapat minum susu menerusi botol .
Tunggu update aku di episod akan datang .
No comments:
Post a Comment